TAKLIMAT KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)

20 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh & Masa :Isnin 19 Mei 2025 9.00Pagi-11.00Pagi
Lokasi/Medium: KEMAS Kuala Perlis
Kerjasama: Disampaikan oleh:N/A

Objektif Webinar
Satu program kesedaran bertajuk "Kempen Internet Selamat" telah berjaya dianjurkan di KEMAS Kuala Perlis, melibatkan kerjasama erat daripada NADI.
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat umum mengenai kepentingan keselamatan dalam talian, terutamanya ketika melayari internet dan menggunakan media sosial.

Antara inti pati utama dalam taklimat yang disampaikan ialah larangan penggunaan media sosial masyarakat umum, selaras dengan syarat umur minimum yang ditetapkan oleh kebanyakan platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Para pelajar didedahkan kepada risiko-risiko penggunaan internet tanpa kawalan seperti buli siber (cyberbullying), penipuan dalam talian, ketagihan skrin, dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali